Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail
Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail

Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail

Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor adalah suatu istiadat diraja Johor yang memahkotakan Sultan Ibrahim selaku Sultan Johor ke-5 dengan mahkota kerajaan negeri. Istiadat ini diadakan pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor, Johor Bahru.Istiadat Kemahkotaan ini diadakan bukan dengan kuasa dan kehendak undang-undang bahkan ia merupakan warisan tradisi Diraja Johor mengikut fasal 4, bahagian ke-5 Lembaga Aturan bagi Perintah Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama 1922 memperuntukan kemahkotaan boleh diadakan pada sebarang masa mengikut budi bicara dan kehendak Sultan Johor. Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ialah kemahkotaan DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah pada 10 Februari 1960.Istiadat yang diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ini memaparkan kesinambungan tiga unsur budaya yang mempengaruhi Kesultanan Johor Moden iaitu Melayu, Islam dan Barat.[1]Istiadat ini diadakan secara eksklusif dengan kehadiran Raja-raja Melayu Malaysia dan Brunei, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Luar Negeri Singapura, kerabat terdekat Sultan Johor dan dif-dif kenamaan. Walau bagaimanapun, rakyat kebanyakan negeri dapat menyaksikan perjalanan Istiadat Kemahkotaan itu secara langsung melalui televisyen.[2]